Frozen Food Yang Wajib Beli Dari TESCO/LOTUS

Jun 16, 2021

Kat rumah Syu memang tak ada anak kecik 😁. Tapi tekak kitorang laki bini ni kalau tak ada makanan buat kudap-kudap macam ni memang tak boleh. Bila beli barang dapur jer mesti restock nugget, sosej & kentang semua ni buat spare. Itu pasal ruang dalam freezer tu memang dah tak ada untuk letak stock aiskrim πŸ˜‚.Kalau beli pun dapat muat sebekas jer. Niat hati tu kadang-kadang nak lah jugak letak macam-macam perisa aiskrim dalam peti ais, tapi bila mengenangkan space dalam tempat beku tu macam tak mandang jer...lagi baik lupakan jer niat tu.



Setakat ni rasa frozen nugget,kentang & sosej TESCO memang tak pernah mengecewakan. Last time Syu selalu jugak makan frozen nugget & ayam brand lain macam Ayamas, Marina & Saudi. Tapi sejak terjebak dengan brand TESCO ni memang tak pandang brand yang lain dah. Actually banyak jugak produk house brand TESCO yang best & berbaloi dibeli. Tambah-tambah SUSU TESCO. Yang ini memang Syu selalu beli banyak-banyak kali. Sebab susunya sedap. Cuma ada sesetangah barangan eletrik tu macam kurang sikit.



Pernah beli blender brand MAG kalau tak silap. Tak sampai setengah tahun pakai dah berkarat πŸ˜‚. Lepas tu dia punya jar ada pulak leaking. Memang tak boleh gunalah endingnya. Last-last ke tong sampah. Nasib la harga marhaen. At least tak adalah rasa ralat sangat. Pada Syu, secara overall produk TESCO memang berbaloilah untuk dibeli, especially barang-barang makanan πŸ˜‹.Yang ni memang tak dinafikan. Harga barang pun banyak yang murah. Ngam lah dengan Syu yang golongan marhaen B40 ni.


Dekat packaging still pakai nama TESCO lagi & belum ditukar sepenuhnya kepada LOTUS. So kita panggil jer lah nugget TESCO,kentang TESCO & sosej TESCO πŸ˜†.

Comments

  1. Haha kat rumah konpom berplastik2 makanan frozen kena restock selalu.. Bdk2 kat rumah asyik nak. Makan makan makan πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan kata anak Kak Ret yang budak tu.
      Syu yang orang tua ni pun sama.Asyik nak makan makan makan!!πŸ˜†

      Padam
  2. Samalah kita kak syu hahaha, restock nugget, fries, isi ketam selalu! Pastu nak beli aiskrim dah tak muat hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah pasal πŸ˜‚.Kalau pergi pasaraya,mata dok perati jer nak berbeli aiskrim.Cita-cita tinggi.Tak sedar diri freezer dah tak muat nak letak sekerim.Last2 beli seketul dua makan kejap2 tu jugak πŸ˜†.

      Padam
  3. tak pernah beli brand tesco...menarik gak utk dicuba..

    BalasPadam
  4. Cubalah Nohas.Sedap tau walaupun harga rakyat marhaen πŸ˜‹.

    BalasPadam
  5. Selalu juga ada barang frozen tapi selalunya burger dengan nugget le

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burger TESCO pun sedap jugak.Tapi kesedapan dia tu takleh challenge RAMLEE.Hi3.
      Ada sesetengah barang frozen TESCO mungkin tak ada.Tak tahu lah kot kena borong habis ke takda stock ke 😁.Tapi kalau TESCO station 18 ni nak kena cepat-cepat beli.Kalau tak memanjang ajer habis stok πŸ˜‚.

      Padam
  6. wahhh nampak mcm sedapp tuu
    tp kat terengganu tak ada tesco

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lah...yeke?Akak ingatkan satu Malaysia dah ada TESCO πŸ˜‚.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!