NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Mei 17, 2021

πŸ‘‰ Klik untuk join


Hari ni Syu masih cuti raya lagi yer kawan-kawan. Kalau ikutkan pagi ni nak siap-siap lah masuk kerja tapi mood nak kerja tu macam tak ada lah pulak😁. Jawabnya, berhorey-horey lagi lah kat rumah. Memandangkan Syu ada sedikit kelapangan, so nak cuba nasib jugak lah join GA blog Siti Yang Menaip [SYM] ni. Manalah tau ada rezeki. Untuk makluman korang, GA ni kalau korang nak join dia ada dua kategori tau. Korang boleh pilih salah satu kategori yang korang nak sertai. Once korang dah join make sure korang inform kategori penyertaan korang dekat ruangan komen tuan tanah & pastekan sekali link penyertaan korang okeyπŸ˜‰.

By the way, untuk GA ni Syu pilih kategori 2 & dalam kategori ni Syu kena tinggalkan jejak dekat comment section di YTube channel SYM. So, masa godek-godek YTube tu Syu tengok Vlog pasal SYM pergi ke Ulu Licin, Bruas. Actually, lama jugak Syu tak berkelah dekat sana. Dulu-dulu setiap hari Jumaat lepas balik sekolah, mesti Syu & sepupu-sepupu akan pergi berkelah ramai -ramai kat Ulu Licin ni. Last time masa Syu form 1, Syu sekolah dekat SMK Raja Shahriman,Bruas. Bila nak balik rumah tu macam malas jer. That's why setiap kali hujung minggu, rumah mak sedara Syu dekat Bruas ni lah tempat Syu bertandang dengan sepupu-sepupu.

Harap lepas habis PKP 3.0 ni dapat la hendaknyer rentas daerah. Korang jangan lupa yer, contest #RIANG RAYA Bersama SyuDeris masih lagi berjalan sampai 27hb Mei ni okayπŸ˜‰. Hadiah untuk pemenang Syu dah prepare dah. Tinggal nak cari pemenang jer lagi. Last but not least, bercontest tu bercontest jugak, sambil-sambil tu kita jangan lupa saudara seislam kita di bumi Palestine yang tengah berhempas pulas mempertahankan tanah air diorang dari Rejim Zionis. Sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti kemenangan berpihak kepada diorang. Amin...


All the best to all contestants!!

#Pray4Palestine

#SaveSyeikhJarrah

#Palestineunderattack

#IsraelTerrorist


Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!