Tanyalah Ustaz : Bacaan Yasin Serentak

Mei 31, 2021

 

Kepada sahabat-sahabat blogger seislam Syu,

Jom esok selepas solat subuh kita ramai-ramai menyahut seruan TV3 untuk menyertai bacaan yasin seluruh negara serentak. Kalau korang nak tahu bacaan yasin serentak ni bukan sahaja dianjurkan bersempena ulang tahun TV3 yang ke-37 tapi ia juga dibuat bagi mendoakan kesejahteraan negara yang kini berhadapan pandemik Covid-19 termasuk mendoakan juga kesejahteraan rakyat Palestin yang tak henti-henti kena tindas dek Rejim Zionis Israel. Sambil-sambil tu boleh jugak kita tambah pahala membaca Yassin ni.

Untuk pengetahuan korang, bacaan Yasin ini akan dibawakan khas oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud di dalam rancangan khas Tanyalah Ustaz.

By the way, sambil-sambil tu kepada sesiapa yang ada kerajinan lebih untuk memeriahkan ulang tahun TV3 ni korang bolehlah berkongsi pengalaman melalui video mahupun gambar di laman sosial korang berserta tanda pagar  #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara. Kalau rajin...Kalau tak rajin tak payah pun tak ngape. Nama pun bacaan Yassin untuk kesejahteraan negara...nak buat apa post-post dekat sosmed kan😁.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!