Luca [2021]

Jun 23, 2021

Luca[2021]

Genre : 

 Animation, Comedy, Adventure


Pelakon : 

Jacob Tremblay [Luca],  Jack Dylan [Alberto], Emma Berman [Giulia], Saverio Raimondo [Ercole], Jim Gaffigan[Lorenzo], Maya Rudolph [Daniela] 


Pengarah : 

Enrico Cadarosa


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Kali ni, Pixar Animation Studio came out dengan satu filem animasi yang bertajuk Luca. Dengan berlatarkan bandar Portorosso Italy, ia menjadikan jalan cerita filem animasi ni lebih bertambah menarik untuk ditonton. Kalau nak tahu, jalan cerita Luca ni sebenarnya seakan-akan cerita The Little Mermaid dalam filem Disney, tapi versi budak lelaki 😁.


Dalam filem animasi ni, Luca seorang budak lelaki yang juga seekor raksasa laut bersama dengan kawan dia yang bernama Alberto berusaha mengeksplore dunia manusia di darat semata-mata untuk mendapatkan sebiji motor Vespa πŸ˜…. Pada awalnya, Luca memang tak berani. Tapi disebabkan terikut-ikut dengan ajakan Alberto, Luca menjadi lebih confident & indipendent. 



Ketika berada di bandar Portorosso , Luca & Alberto bertemu dengan Giulia. Sejak dari tu diorang bertiga mula berkawan rapat & nekad untuk berusaha bersama-sama memenangi pertandingan triathlon tahunan bandar tu. Namun, usaha diorang selalu terbantut dek seorang budak nakal bernama Ercole. Ercole ni juara bertahan pertandingan triathlon tu. Untuk mengekalkan statusnya sebagai juara bertahan, selagi boleh Ercole & konco-konco dia cuba berusaha menghalang Luca & kawan-kawan dia daripada memenangi pertandingan tu. 



Pada Syu, secara keseluruhannya filem animasi ni memang lawak!! Tambah-tambah dengan perangai Luca yang lurus bendul tu πŸ˜‚. For those yang ada anak kecik, Syu sarankan korang bagi anak-anak korang tengok. Memang tak dinafikan yang cerita ni cerita kartun, tapi ada banyak pengajaran yang boleh dipelajari dalam filem animasi Luca ni πŸ˜‰!! Syu bagi 5🌟!!

Comments

  1. Okayyy boleh masuk waiting list! Asyik naik dekat netflix selalu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok Tiqah.Best ceritanyer😊.

      Padam
  2. Waah... mcm best ni tengok2 time PKP...

    BalasPadam
  3. Best semut senyum.Memang layan.Tambah-tambah time lockdown ni banyak freetime😁.

    BalasPadam
  4. wahh best ni :) boleh tgk nnt!

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!