Drama Semanis Senyumanmu - Episod 1

Jun 11, 2021

Semanis Senyumanmu

Sebelum menganggur, pada awalnya Azim [Aiman Hakim] ni bekerja sebagai Head Chef di sebuah restoran terkenal yang bernama SEDAP. Actually, perwatakkan Aiman ni kalau ikutkan dia seorang yang pelembut & penyabar orangnya. Tapi disebabkan tekanan kerja, dia cepat jadi marah & suka melenting bila ditegur. Aiman ni dia ada sikap ego sikit, tapi ego dia takdalah tinggi melangit sampai tak boleh bawak bincang. Ego si Azim ni jenis ego yang mild & akan reda bila sel-sel otak dia kembali berhubung πŸ˜…. 

Semanis Senyumanmu Episode 1

Pertemuan Azim dengan Azra[Daiyan Trisha] ni accidentally terjadi masa si Azra datang makan dengan Iman [kawan & business partner Azra] dekat Restoran SEDAP. Nak dijadikan cerita, lepas habis makan si Azra ni gatal pergi up komen & rating masakan restoran tu dekat satu apps ni. Jadi secara tak segaja Azim terdengar perbualan si Azra dengan kawan dia. Masa tu Azim tengah duduk dekat tangga sebab nak releasekan stress lepas berperang dekat dapur. Sampai satu part komen tu Azra cakap tekstur kuih lopes restoran tu berada pada tahap yang tak memuaskan. Aiman pun menyiraplah bila dengar Azra cakap macam tu. Dahlah kuih lopez tu dia yang masak. 


Pada awalnya Azra & Iman tak perasan si Azim ada duduk mencongok dekat tangga tu. Bila dioramg ternampak jer Azim, kelam kelibut diorang lari. Malu lettew πŸ˜‚!! Lepas jer Azra & Iman lari, sampai kesudah si Azim tak boleh terima kritikan Azra tu. Dengan rasa tak puas hatinya, dia cuba masak kuih lopes tu lagi & cuba bagi crew kitchen dia rasa. Tapi feedback dari crew dia semua okay. Diorang cakap lopez tu sedap & tak ada apa kekurangan pon. 

Semanis Senyumanmu Episode 1

Esoknya Azim terpaksa pergi jemput anak saudara dia balek sekolah. Nama dia Nisa. Nisa ni harap jer budak generasi Z, tapi mulut dia mengalahkan mak nenekπŸ˜†. On the way nak balek dari sekolah tu Nisa ajak Azim pergi satu kedai bakery ni. Nama dia Imazra Bakeri. Kalau nak tau kedai bakeri tu si Azra yang punya. Masa mula-mula tu Azim tak tahu yang owner bakery tu Azra. Tapi masa dekat kaunter, baru diorang berdua bertemu muka. Masa tulah Azim menganjing balek apa yang Azra dah cakap pasal kuih lopes dia. Bersambung... 

Comments

  1. Sukaa tgk lakonan abg aiman tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau ikutkan tak berapa minat sangat dengan Aiman Hakim ni. Tapi bila tengok dia dalam drama ni macam best pulak!!😁

      Padam
  2. Ada di disney+ je kan kak syu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah Tiqah.Ada dekat Disney+Hotstar jer 😁.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!