WELCOME FELLAS!!

Selamat datang ke dunia Syu Deris. Blog ni masih lagi dalam pengubahsuaian. Mohon bersabar yer kawan-kawan.

كيف ا خاف من ا لفقر و انا عبد ا لغني

kayfa akhofu minal faqr, wa ana abd Al-Ghaniy


“Bagaimana aku akan takut dengan kemiskinan, sedangkan aku adalah hamba dari Allah yang Maha Kaya”

[Saudagar Jalanan Arab]



MY STORY

Cara Buat Hidden "Post Thumbnails" Blog Post

18 June 2021

Pada yang dah tahu macam mana nak buat, tak mengapa. Syu just share jer tutorial ni 😉. Mana lah tahu kan, in future ada adik-adik newbies blogger tercari-cari tutorial ni dekat abam Google. At least ada jugak sources untuk diorang jadikan sebagai sumber rujukan untuk cantikkan blog. Lagipun, apa yang Syu share ni adalah berdasarkan apa yang Syu applied dekat blog Syu jugak. Ada ilmu kita kongsi sama-sama. Semoga bermanfaat untuk korang yang suka berblogger!! Keep it up & keep blogging 😘💕.

By the way, post thumbnails tu apa eak? Okay, post thumbnails ni image kecik yang ada pada blogger post korang. Bila ada post thumbs ni barulah blog post korang nampak menarik. Tapi untuk kali ni Syu nak ajar korang macam mana korang nak hidden kan image thumbs ni daripada menjelma dalam blog post korang 😁. Nak buat hidden tumbnail ni tak susah mana pun. Apa yang korang perlu buat hanyalah copy & paste code html ni dalam korang punya post [paste dalam mode html view]. Step yang selebihnya korang boleh follow dekat bawah ni hokey!! 😉

<img src="IMAGE LINK" style="display: none;" />

STEP 1 : Create satu post atau korang masuk jer ke published post korang yang sedia ada. Lagi senang 😁 . Sebab dekat post tu dah sedia-sedia ada gambar.

STEP 2 : Switch ke html mode then korang paste kod ni <img src="IMAGE LINK" style="display: none;" /> dekat starting html korang dalam compose section. Lepas tu switch back ke compose view semula.


STEP 3 : Select image yang korang nak buat thumbnails. Copy dia punya image address, then korang replace kod "IMAGE LINK" dalam mode html tadi dengan image address yang korang dah copy. Lepas tu, image yang korang select tadi korang boleh lah delete. Tapi kalau korang nak biarkan pun tak ada masalah 😊.

Ni lah hasil dia. Image yang korang dah delete tu tak akan muncul dah dalam blog post korang, otherwise ia akan muncul sebagai korang punya post thumbnails. Bila korang buat macam ni tak payahlah korang nak kena letak banyak sangat gambar dalam post. Dengan cara ni jugak korang boleh customizekan gambar yang korang suka untuk dijadikan sebagai post thumbnails. Barulah homepage korang nampak presentable 😁.

Dalam post, korang memang takkan nampak dah gambarnya. Tapi kalau korang still nak biarkan image post thumbs korang tu dalam post, tak jadi masalah pun. Nampak meriah sikit ada banyak gambar.

Fresh Milk Sedap Kembar Farm Fresh

Sedap, pekat, likat melekat!!Ha3 😋


Again, another produk TESCO in the house 😁!! Last time, Syu review makanan frozen TESCO. Hari ni produk tenusu pulak. Rasenyer dah boleh start claim komisen sikit dekat TESCO ni, sebab rajin nau promote produk diorang 😆. Memandang pagi ni Syu tak tahu nak breakfast apa, so Syu hadap jelah stok susu yang ada dalam fridge. Susu ni memang antara favourite Syu & husband. In case kalau pagi-pagi tak sempat nak breakfast, kitorang laki bini mesti minum susu ni dulu sebelum pergi kerja. For those yang ada alahan dengan produk tenusu, sorry to say...freshmilk ni sedap sesangat however korang still tak boleh minum. I feel sorry for that.


Nampak tak? Freshmilk ni diberanakkan ditempat yang sama 😆. So, kira kembarlah kan 😁.

Freshmilk TESSCO ni kalau korang nak tahu sebenarnya salah satu keluaran Farm Fresh jugak. Cuma TESCO diberi hak untuk pattern kan freshmilk ni sebagai salah satu house brand diorang. So, freshmilk TESCO & Farm Fresh kira boleh dikatakan kembar lah kan. Cuma rupa jer tak seiras. Sejujurnya, freshmilk ni memang lagi sedap dari brand-brand terkemuka kat luar sana 😋. Harga pun jauh lagi murah dari Farm Fresh. Kalau ada promotion, korang boleh beli freshmilk ni sekotak dengan harga RM4.75 tau. Murah kan?? Padahal harga asal dia kalau korang nak tahu, lebih kurang dengan harga freshmilk dari Farm Fresh 😁. Syu pernah minum freshmilk dari Farm Fresh. Memang sedap & rasa dia lebih kurang jer dengan freshmilk TESCO ni. Cuma rasa yang Farm Fresh punya lebih pekat sikit jika dibandingkan dengan brand TESCO. Lagi satu pulak, freshmilk brand Fresh Farm ada dalam banyak perisa.Macam TESCO just ada dua pilihan jer. Coklat & fullcream. Overall, freshmilk TESCO ni memang sedap yakmat!! Sememangnyer freshmilk pilihan kitorang laki bini 😁.

Semanis Senyumanmu - Episod 5

Masa dekat Imazra Bakeri, Iman jadi marah sangat dekat Azra bila dia dapat tahu yang Azra masih keep in touch lagi dengan Joe, ex-boyfriend Azra .Iman bukan apa, Azra ni kadang-kadang terlampau berlembut & bagi muka sangat dekat Joe, even Joe dah banyak kali berlaku curang di belakang Azra. Yang Azra pulak fikir si Joe ni dah berubah. So, dia cubalah ambik peluang ni untuk perbaki hubungan dia dengan Joe. Tapi, Azra tak sangka pulak yang Joe ni masih lagi melayan perempuan lain. Nampak gayanya Azra kena tipu lagi lah kali ni. Kesian Azra.

Malam tu, Izat datang rumah Azim main footbal game & masa tu jugak Azim bagitahu Izat yang Azra ada offer Azim untuk ajar cara buat kuih tradisi resepi nenek dia. Pada awalnya, Azim jadi macam teragak-agaklah nak terima offer Azra tu. So, Azim mintak pendapat Izat samada nak terima offer Azra tu ke tak. Izat suruh jer Azim terima sebab bukan senang orang nak offer cara buat kuih. Tambah-tambah FOC pulak tu. Azim bukan apa, dia jadi teragak-agak sebab dia rasa yang Azra dah ada boyfriend. So, Azim macam tak syoklah nak belajar buat kuih berdua-duaan dengan Azra, sedangkan Azra dah berpunya. Yang si Izat ni dah macam suspicious dengan Azim. Dia rasa Azim dah syok dekat Azra. Izat pun suruh jer Azim belajar macam biasa sebab pada Izat, selagi Azra belum berkahwin selagi tu Azim masih ada peluang untuk ambik hati Azra.


Esok paginya, Azim datang ke Imazra Bakeri. Start dari pagi tu diorang spendtime masa berdua pergi cari barang-barang untuk buat kuih. Selesai jer beli barang diorang singgah sekejap dekat satu cafe ni untuk minum coffee. Masa dekat cafe tu lah Azim dapat tahu serba sedikit latar belakang pasal Azra. Bila Azim dapat tahu yang Azra ni anak yatim & sebatang kara, Azim jadi macam kesian sangat dengan Azra. Selesai minum & chit chat, diorang pun balek lah ke Imazra Bakeri untuk sesi buat kuih pulak. Petang tu Azra ajar Azim macam mana nak buat pisang goreng yang sedap & ranggup ikut resepi nenek dia 😋.

Selesai jer sesi masak-memasak, Azim, Azra & Iman duduklah lepak-lepak sembang-sembang dekat depan bakeri.Tengah seronok-seronok bersembang, entah macam mana tiba-tiba datang tetamu tak diundang, Joe. Masa tu Azim dah rasa tak syoklah. Dahlah Azim baru jer nak start ada hati dengan Azra. So bila Azim nampak Joe datang balik menagih cinta Azra, dia jadi rasa macam kalah lah. Start dari hari tu, Azim hilang sekejap dari radar. Ada lah dalam tiga hari. Azra ada jugak cuba contact  Azim, tapi tak ada respond. Beberapa hari lepas tu, Joe datang lagi jumpa Azra. Joe siap bawak bunga & cuba ajak Azra keluar dekat tempat special. Pada awalnya, Azra menolak. Tapi lepas Joe pujuk banyak kali, at the end Azra ikut jugak Joe. Masa dekat parking kereta, actually Azim ada dekat situ. So, dia ternampaklah Azra ikut Joe. Azim jadi frustlah bila dia nampak Azra follow jer permintaan Joe. Bersambung...

Hiburan Selepas Berketayap 😆

17 June 2021

Kulit Kuih Legend Buat Cicah Kuah Sardin😋

Actually, Syu tak berapa suka sangat makan kuih ketayap ni 😂. Tak tahulah kenapa. Kiranya kan kalau Syu teringin nak makan kuih, kuih ni memang bukan dalam carta favourite kuih untuk Syu buat tea-time. Melainkan kalau betul-betul teringin nak makan baru, Syu buat. Tapi hari ni special case sikit. Disebabkan atas permintaan husband, so Syu buatkan jer lah. Husband Syu kata nak bawak bekal kuih ketayap pergi kerja. Kita yang tengah WFH ni pun layankan jer lah. Lagipun nak buat kuih ketayap ni pun bukan susah mana. Bahan-bahan nak buat pun memang dah sedia ada dekat dapur. Campak-campak siap!!Ha3😆

Kulit ketayap ada lebih dalam 4 keping. Sebab lapar punya pasal, tercetuslah idea nak cicah kuah sardin 😂. Kalau pasal makan, idea tu memang akan sentiasa ada!!😁

Layan jugak buat ketayap ni sebenarnya. Tambah-tambah kalau dapat pan yang jenis tak melekat. Sebut pasal ketayap ni, teringat masa Syu menganggur dedulu.Kuih ni lah yang Syu selalu buat jual time meniaga. Pagi-pagi celik mata dah buat kuih. Merasa jugaklah pengalaman jadi tukang buat kuih kejap. Time tu lah baru Syu faham keringat orang buat kuih ni macam mana 😢. Awal-awal pagi dah bangun nak siapkan order. Tu belum lagi yang buat macam-macam jenis kuih. Nak buat kemain lah renyah. Bila jual tu untung dia alahai...sikit jer. Tu pasal kalau Syu beli kuih, Syu tak kisah harga diorang jual berapa. Sebab Syu tahu, nak buat dia bukannya mudah. Tambah pulak dengan untung yang tak seberapa. Tu belum tolak komisen tukang jual lagi. Silap-silap, 4 biji RM2 tu dapat untung RM1.50 jer.

Sedap jugak perkena kulit ketayap dengan kuah sardin 😋. Macam lempeng, tapi version lembut sikit.

Nak dijadikan cerita, tepung nak buat kulit ketayapnya ada lebih. Nak buang sayang. So, Syu habiskan jelah masak tepung ketayap tu. Ngam-ngam masa nak bubuh semua kuih dalam tudung saji, Syu terpandang balance kuah sardin yang Syu masak tengahari tadi. Tangan pun apa lagi, laju lah taruk atas kulit ketayap 😆. Empat keping kulit ketayap habis macam tu jer. Sedap!!Itulah dia...Kalau bab-bab makan ni kan, otak memang tak kan pernah ketandusan idea. Nasib aiskrim tak ada dekat rumah. Silap-silap makan dengan aiskrim pun boleh jadi!! 😆