Mini Backyard Garden Project Start!!

Februari 21, 2021

Sejak terjebak dengan group berkebun dekat Facebook (FB) hari tu, kat otak ni macam-macam idea datang. Tangan ni pulak gatal jer nak berbeli barang gardening kat SHOPEEπŸ˜‚. Kena plak ada SALE time tu, lagi lah meriah berbeliπŸ’Έ. Dalam cart pon ade lagi yang tengah que. Cukup bulan gaji, sraaaaapppppp.....sedas,ha3!!

Kalau korang nak tau untuk segmen Gardening Diary Syu kali ni Syu plan nak buat satu mini garden & Syu namakan Mini Backyard Garden Project atau ringkasannya MBGP. So, next time kalau korang ada ternampak posting Syu pasal MBGP ni tak payah pening-pening nak pikir apa benda dah.


Kemarin Syu ada beli tanah. Siap dah masuk polibag!! Hari ni pulak, biji benih yang Syu beli dekat SHOPEE dah selamat mendarat. Ni baru biji benih jer tau. Actually, ade lagi barang yang Syu order belum sampai. Baja AB, baja kopi, trellis net, polybag, pasu, anak pokok, tanah... Eh,bnyak la lagi!!

Barang SHOPEE Syu ni sebelum nak rentas ke backyard mesti kene inspection dulu dengan husband. Kadang tu kan, packaging yang sampai besar-besar belaka. Stress plak rase. Bukan ape, sebab kewujudannya obvious sangat. Bila nak nyorok tu confirm-confirm lah tak dapat. Nak tak nak, menjawab jelah bila kena siasat. Bila kata beli barang berkebun ke...pokok ke...husband dah redha dah dengar jawapan Syu. Tapi takpelah...bukan guna duit dia pon😝.

Vegetables seeds


Memandang benih-benih sayur Syu dah sampai, so boleh lah Syu start berhora-hore ngan diorang jap lagi. Tapi kan korang-korang, jangan plak korang-korang ingat Syu semai semua biji benih ni tau. Banyak kot!!πŸ˜†. Syu just semai mana yang Syu nak jer. Yang selebihnya tu Syu simpan untuk guna kendian hari. Syu pon ada pikir jugak, Kalau Syu semai semua...mana Syu nak letak semua pokok-pokok tu nanti bila dah besar??Udahlah ruangnyer sekangkan kera jerπŸ˜‚.


Recycled germination tray
Germination tray tak payah beli dah, bekas limau mandarin kan hado!!
(Sila abaikan budak dua ketoi yang kat depan tu
πŸ˜…) 

Part nak menyemai ni seronok!! Pasal apa?? Tu haaa...ada dua PA penyibuk tu haa...Asal nak buat keje jer mesti ada nak menyelit. Germination tray ni Syu guna tray limau mandarin jer. Ngam-ngam time tu Chinese New Year baru jer habis & Kebetulan pulak bekas ni officemates Syu dah tak pakai, so Syu decided jadikan tray ni untuk tempat Syu semai benih. Tak payah nak berbeli tray dah kan?? Selagi boleh kita utilize kan apa yang ada. Bijak tak??Hih3!!πŸ˜†


Berdasarkan pengalaman Syu la kan, nak semai biji benih ni better rendam semalaman. Tujuan dia untuk bagi biji benih tu kembang & memudahkan percambahan biji benih. Kalau kita teros direct tanam ke tanah, proses dia untuk bercambah tu agak lambat sikit & posibility benih tu hidup pon mungkin agak tipis.


Backyard garden
Memang tak semenggah betol Syu punya backyard kan? Tak sabar nak buat transformation🌱. 

πŸ˜‚Haaaa.....Ni lah backyard Syu. Sadis giler kalau korang tengok!! Memandangkan Syu dah bosan menghadap air plants Syu, Kali ni Syu nak spent mase sikit kat backyard Syu ni untuk dijadikan mini garden. Bukan garden bunga hokey,tapi garden sayor!! Bukan apa, at least la kan...kendian hari ade jugak hasil Syu boleh tuai untuk buat pemakan. Lagi satu tak payah Syu nak berbeli sayur dah. Nak makan petik jer kat belakang rumah. kalau ade lebih, sambil-sambil tu boleh share-share sesama jiran. Okay dah, jom kita sambung berkebun!!🌱

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!