The Promised Neverland

Mei 02, 2021

The Promised Neverland

Genre
Dark Fantasy, Science Fiction & Thriller 

Penulis : 
Kaiui Shirai 

Jumlah Episod : 
Season 1 [12 Episod] 
Season 2 [11 Episod] 

Tarikh tayangan : 
Season 1 [Jan.19 - Mar.2019] 
Season 2 [Jan.21 - Mar.21] 

Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Semalam dah cakap omputeh, hari ni get back as usual okay!! Next Saturday baru kita start speaking London balek yerπŸ˜†. Actually, dah lama dah sebenarnyer Syu nak review pasal anime ni. Live episode season 2 nya pon dah lama habis tayang 25 March,2021 hari tu. Baru hari ni Syu ada kesempatan & kelapangan untuk bercerita pasal anime ni.


Agak lama juga sebenarnya Syu tak tengok follow perkembangan cerita-cerita anime ni. Almaklumlah, sibuk dengan urusan kerja & rumahtangga. Slot "Me" time bersama anime pun tak sempat. Selalu kalau Syu tengok anime ni mesti tak pernah habis. Ada saja episode yang Syu missed.



Tapi, untuk anime yang ini tidak sama sekaliπŸ˜‚!! Tengok season 1, ketagihannya tu bawak sampai ke season 2 tau. Dah lah season 2 tu baru awal tahun ni released, so bila nak tengok episode by episode tu alahai peritnya nak kene menunggu. Kalau korang tengok anime ni, jalan ceritanya memang totally 360 darjah luar dari jangkaan korang.


Dalam cerita ni budak-budak ni sebenarnya anak yatim & diorang ni ditempatkan di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Grace Field. Bila sampai satu tempoh diorang ni akan di bawa keluar & ditempatkan bersama keluarga angkat yang baru.


KREDIT FOTO : Polygon.com


Hakikatnya, Grace Field ni bukan lah rumah penjagaan yang macam korang sangkakan tapi sebenarnya rumah ladang ternakan daging manusia. Pusat penjagaan ni ada satu nanny ni jaga. Nama dia Isabelle. Pada awalnya diorang ni tak tahu pun pasal benda ni. Tapi disebabkan peristiwa satu malam tu, baru diorang sedar yang diorang ni adalah makanan.


Makanan kepada siapa?? Makanan kepada demon. So, bila diorang dimaklumkan yang diorang ni akan ditempatkan bersama keluarga angkat baru, maknanya diorang akan jadi habuan kepada demon-demon yang tengah lapar kat luar sana.



Part yang paling mahal kalau korang nak tahu adalah otak!! Kira tu memang part daging yang paling mahal & premium. Macam daging harimau menangis tu. Kan mahal & part yang menangis tu susah nak dapat πŸ˜†. By the way, lepas budak-budak ni dapat tahu yang diorang ni dijaga & dibela dengan penuh kasih sayang disebabkan otak & daging di orang.


Maka, dari situ bermulalah misi menyelamatkan diri yang diketuai oleh tiga orang senior Grace Field iaitu Emma, Ray & Norman. Masa ni memang banyak cabaran lah yang diorang kena hadap, tambah-tambah bila Isabelle sendiri dapat detect yang rahsia Grace Field ni dah pecah.


Okey, Syu tak nak cerita lebih-lebih, yang pasti kepada korang yang peminat anime wajib tengok!! Sebab ceritanya memang best!! No point jugak kalau Syu cerita sampai habis nanti tak pasal-pasal hilang feel nak tengok. Yelah sebab dah tahu jalan ceritanya macam mana kan. For those yang nak tahu lebih lanjut pasal anime ni korang boleh pegi ke website ni πŸ‘‰ neverland-animeusa.comCerita ni memang best!! Tak tengok memang rugi yahamat!! 😘

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!