Leg Bouncing-Tabiat Henjut Kaki Ala Drummers

06 May 2021

 

Pernah dengar "Leg Bouncing"?? Alah, tabiat goyang-goyang kaki acah-acah orang main drum tu...Pernah buat tak?? Yang pernah buat sila mengaku okay!! Sebab tabiat ni selalunya ada kena mengena jugak dengan anxiety. For those yang tak pernah buat mesti korang rasa annoying kan kalau ternampak ada orang yang buat macam tu๐Ÿ˜…. 

Syu cerita pasal "Leg Bouncing" ni pun bukan apa, sebab diri sendiri pun selalu jugak terjebak buat macam tu. Mungkin pada kita "Leg Bouncing" ni macam benda normal. Kalau korang nak tau, "Leg Bouncing" ni salah satu tabiat atau perangai suka menghenjutkan kaki. Ada seorang kaunselor dari United Kingdom ni, nama dia Dawn Templeton. Dia pernah cakap yang "Leg Bouncing" ni terjadi sebab adanya lebihan hormon adrenalin & kortisol disebabkan faktor tertekan. 
Kalau korang buat macam ni kat rumah kampung. Boleh roboh jawabnyer!!๐Ÿ˜‚

"Leg Bouncing" ni macam satu ketagihan tau sebenarnya. Datang tu tiba-tiba, pergi pun tiba-tiba jugak. Sebab apa, kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila masa kita terbuat "Leg Bouncing" ni. Tahu-tahu tengah santai-santai duduk tengok TV tiba-tiba termain drum pulak. Main drum betul tak apa. Ni drum maya๐Ÿ˜†!! Goyang lah sampai ke sudah tak bunyi-bunyi. Actually tabiat "Leg Bouncing" ni tak adalah teruk mana pun, cuma ia nampak annoying sikit pada orang yang bukan "Leg Bouncing". Tapi andai kata, ini salah satu cara untuk menenangkan & merelakskan diri bila berhadapan dengan situasi stress, pada Syu ianya tak menjadi satu kesalahan pun.

Macam Syu, apa yang Syu perasan lah kan..."Leg Bouncing" ni Syu akan start buat bila tengah stress memerah idea. Kaki sebelah mana yang dihenjut?? Itu bergantung kepada aktiviti otak orang. Kebiasannya, kalau korang berfikir guna otak kanan, output dia kaki kiri & kalau korang guna otak kiri maka kaki kanan lah yang akan di henjut. Tapi ikut orang jugak sebenarnya. Kadang-kadang tak tentu. Bergantung kepada kaki mana yang orang "Leg Bouncing" selalu buat. Ada sesetengah tu sampai dua-dua kaki dihenjutnya๐Ÿ˜†.


Bila Berlakunya "Leg Bouncing"??

1) Stress memerah idea
2) Rasa cemas
3) Kebosanan
4) Hilang fokus
5) Tertekan

By the way, setakat ini masih belum ada apa-apa petunjuk yang mengesahkan yang "Leg Bouncing" ni boleh mendatangkan kemudaratan. Cuma kaki akan jadi keletihan sikit lah bila terlalu kerap sangat menghenjut kaki.  Tapi ada masa & ketika, tabiat "Leg Bouncing" boleh jadi petunjuk awal yang korang ada penyakit Parkinson & Restless Leg Syndrome[RLS] atau juga dikenali sebagai Willis-Ekbom Disease. So, kalau sampai satu tahap tu korang rasa tabiat "Leg Bouncing" korang ni dah tak boleh dikawal, adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor๐Ÿ˜‰.


Baca Artikel :

๐Ÿ‘‰ Why do people shake their leg?? - Betterhelp.com
๐Ÿ‘‰ The anxious leg bounce - Metro.co.uk

Comments

  1. Selalu jugaklah leg bouncing ni bila stress. Auto leg bouncing rasanya hahahaha

    ReplyDelete