The blog

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Teman Sebantal 🥰!

Mac 18, 2024

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-6 buat kami berdua laki bini. Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam semalam baru naik pelamin 🤭.



Tahun 2024 ni kami masih berdua lagi. Still lagi menunggu kehadiran junior. Andai ada rezeki Allah nak titipkan, alhamdulillah. Kalau tak ada sekalipun, kami berdua redha. 


Kopee Paste Lumut Hotspot
Happy anniversary teman sebantal 🥰! 


Apa-apa pun, semoga perkahwinan ni kekal bahagia hingga ke jannah. Diberi kesabaran & kekuatan juga buat kami laki bini untuk tempuh liku-liku perkahwinan yang makin hari makin mencabar ni 😂 - Cost of living, penyondol, penyakit ain & PHD semua tu lah!

Buffet Ramadhan Kopee Paste x Lumut Hotspot Menggamit Nostalgia

Mac 17, 2024

Korang, buffet Ramadhan 2024 Kopee Paste dah start dah tau! Nampak gayanya, makin bertambah meriah lagilah Ramadhan dekat area Manjung kali ni! Dengar cerita PROMOSI DUA HARI RM29.90 tu dah fully booked 😂. Siapa yang tak booking tu seriously memang rugi sangat 🥹! Harga promosi tu dah kira habis murah dah tu Kopee Paste bagi - Harga asal RM49.90.


Buffet Ramadhan 2024


Untuk pengetahuan korang, Buffet Ramadhan 2024 Kopee Paste kali ni akan berlangsung sehingga 8 April 2024. Masih ada banyak masa lagi untuk korang buat tempahan. Jadi, for those yang duduk sekitar daerah Manjung tu jangan lepaskan peluang berbuka puasa dekat sini. Memang rugi sangat kalau tak pergi.



Menggamit Nostalgia di Lumut Hotspot!


Last time, Kopee Paste buat buffet Ramadhan besar-besaran ni di Town Hall, Manjung. Kali ni, lokasinya beralih ke Lumut Hotspot dengan tema Melayu klasik "Mengamit Nostalgia". Walaupun tempatnya tak besar macam di Town Hall dulu. Tapi, dia punya aura kali ni memang luar biasa habis.



Nak-nak style buffet Ramadhannya tahun ni ada disuntik elemen-elemen tradisional yang bertemakan ala-ala Melayu klasik. Bila datang berbuka dekat sini korang dapatlah rasa aura-aura macam dalam filem  Saloma & P.Ramlee dulu-dulu - Nak aura lebih lagi, korang kena dressing ikut tema. Baru cun!


Buffet Ramadhan 2024


Semalam Syu tengok boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang bertandang berbuka puasa dekat sini - Termasuklah kami bertiga 😂. Tetamu jemputan khas pun ada juga. Dining area full. Memang happening gila Syu rasa.



Warung 100 Sajian Nostalgia


Pilihan makanan dekat Buffet Ramadhan Kopee Paste ni memang banyak. Dari appetizers, main course, snacks sampailah ke pencuci mulut. Memang serba serbi cukup lengkap. Korang nak makan apa, korang ambil saja dekat warung-warung yang ada dekat sekeliling dining area ni - Total semua ada 10 warung.


Buffet Ramadhan 2024


Buffet Ramadhan 2024


Buffet Ramadhan 2024


Setiap warung-warung ni ada terhidang lebih 100 menu klasik & moden yang dimasak secara live 🤤 - Menu berubah-ubah setiap hari. So, korang boleh ambil & makan sepuas-puasnya. Yang pasti, menunya semua sedap-sedap belaka. Tapi, ambil makanan tu biar berpada-pada ya. Jangan sampai membazir pula.


Buffet Ramadhan 2024


Apa-apa pun, terima kasih Syu ucapkan kepada Kopee Paste sebab sudi jemput Syu! Jujur Syu cakap. Buffet Ramadhan Kopee Paste tahun ni memang mengancam. Tempat selesa. Vibe Melayu klasik terasa. Lepas tu, makanan & minuman semua sedap-sedap - Syu paling suka masak lemak daging salai dekat Warung Opah. Serius sedap! 🤤

Marry My Husband

Mac 15, 2024

Marry My Husband

 

Genre : 


Dendam, Merentas masa, Romantik komedi, Fantasi, Drama bersiri, Adaptasi novel


Pelakon : 

Park Min Young [Kang Ji Won], Na In Woo [Yo Ji Hyuk], Song Ha Yoon [Jung Soo Min],  Lee Yi Kyung [Park Min Hwan], Lee Gi Kwang [Bael Eun Ho], Gong Min Jung [Yang Joo Ran]



Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

 

Yeah! Settle buat movie marathon drama Korea bersiri 16 episodes Marry My Husband 😁. Serius best jalan cerita drama ni. Rasa macam geram & menyirap jer darah bila tengok perangai husband [Park Min Hwan] si Kang Ji Won dengan kawan dia [Jung Soo Min].


Dari awal sampai ke hujung jalan cerita. Ada saja agenda diaorang berdua nak jatuhkan Kang Ji Won. Sudahlah curang & khianat.  Nasib baik ada Yo Ji Hyuk. Hero penyelamat Kang Ji Won.


Kalau korang nak tahu, si Kang Ji Won & Yo Ji Hyuk ni sebenarnya datang dari masa depan. Diorang berdua ni kalau ikutkan dah mati dah. Si Kang Ji Won mati sebab kena bunuh dengan husband dia yang curang  dengan kawan baik dia.


Yang si Yo Ji Hyuk pula mati sebab kemalangan jalan raya dek kerana frustrated dengan kematian Kang Ji Won. Kemudian entah macam mana diorang berdua ni, dihidupkan kembali ke masa lalu untuk ubah kembali takdir diorang yang malang tu.

 

Pada awalnya, Kang Ji Won macam terkejut juga bila dia dibangkitkan semula ke masa lalu. Tapi, lepas dah lama-lama baru dia dapat adapt & terima. Dengan bantuan Yo Ji Hyuk, dia totally reset diri dia & cuba jadi seorang wanita yang indipendent & tegas dalam buat keputusan.


Dia bukan wanita lembik yang senang dibuli macam dulu lagi. Tambah-tambah dengan husband & kawan baik dia yang tak guna tu. Start daripada tu, Kang Ji Won nekad nak ubah nasib dia & buang semua malang dia pernah hadap di masa depan dekat kawan karib dia, Jung Soo Min.


Yo Ji Hyuk pun sama, selagi boleh dia pun berusaha sedaya upaya menawan kembali Kang Ji Won yang dia lepaskan pada Park Min Hwan tak guna tu. Walaupun dia masih trauma dengan takdir dia. Nak tahu ending macam mana? Korang kena tengok sendiri drama ni. Dekat LokLok ada! Boleh tengok dekat sana 😁.


Buah Kurma Sedap Makan Dengan Salim Triangle Cheese

Mac 14, 2024

Korang dah cuba makan kurma dengan butter? Lately ni, viral orang makan kurma letak butter & kekacang di TikTok 🤭. Kalau Syu, Syu lagi prefer makan dengan Triangle Cheese Salim keluaran Wardat Al-Mashreeq Food Co. ni.



Rasanya creamy & tak muak macam kita letak butter. Tekstur butter macam greasy sikit bila makan dengan kurma. Kalau makan dengan Triangle Cheese Salim ni better sikit. Elok cair dalam mulut. Makan macam tu saja dah sedap!


Salim Triangle Cheese
Buat khunafa guna cheese ni pun sedap juga 🤤. 



Triangle Cheese Salim halal ke tidak?


Untuk pengetahuan korang, Triangle Chesee Salim ni halal untuk dimakan & ianya diimport dari negara Riyadh, Arab Saudi. Dalam satu kotak Triangle Cheese Salim (120g=334.8Kcal) ni ada 8 ketul. Harga sekotak, paling murah korang boleh dapat dalam ±RM4 - BELI SINI



Seketul cheese ni korang boleh makan dengan 4-6 biji kurma - Bergantung kepada saiz kurma juga. Makin besar kurma, makin banyaklah korang kena tepek cheese-nya 😁. Selalu kalau Syu makan, tak habis pun seketul.


Salim Triangle Cheese
Belah dua, buang biji. Lepas tu letak cheese dekat tengah-tengah kurma. Serius sedap! 😘


Macam Syu, Syu paling suka makan Salim Triangle Cheese ni dengan kurma madu Rotab. Sebab isi & kulitnya lembut. Bila makan, kulit kurma tu tak lekat dekat tekak. Tapi, kalau korang nak makan dengan kurma jenis lain pun tak ada masalah sebenarnya. Terpulang pada selera masing-masing 😁.