Drama Semanis Senyumanmu - Episod 5

Jun 18, 2021

Semanis Senyumanmu

Masa dekat Imazra Bakeri, Iman jadi marah sangat dekat Azra bila dia dapat tahu yang Azra masih keep in touch lagi dengan Joe, ex-boyfriend Azra .Iman bukan apa, Azra ni kadang-kadang terlampau berlembut & bagi muka sangat dekat Joe, even Joe dah banyak kali berlaku curang di belakang Azra. Yang Azra pulak fikir si Joe ni dah berubah. So, dia cubalah ambik peluang ni untuk perbaki hubungan dia dengan Joe. Tapi, Azra tak sangka pulak yang Joe ni masih lagi melayan perempuan lain. Nampak gayanya Azra kena tipu lagi lah kali ni. Kesian Azra.

Malam tu, Izat datang rumah Azim main footbal game & masa tu jugak Azim bagitahu Izat yang Azra ada offer Azim untuk ajar cara buat kuih tradisi resepi nenek dia. Pada awalnya, Azim jadi macam teragak-agaklah nak terima offer Azra tu. So, Azim mintak pendapat Izat samada nak terima offer Azra tu ke tak. Izat suruh jer Azim terima sebab bukan senang orang nak offer cara buat kuih. Tambah-tambah FOC pulak tu. Azim bukan apa, dia jadi teragak-agak sebab dia rasa yang Azra dah ada boyfriend. So, Azim macam tak syoklah nak belajar buat kuih berdua-duaan dengan Azra, sedangkan Azra dah berpunya. Yang si Izat ni dah macam suspicious dengan Azim. Dia rasa Azim dah syok dekat Azra. Izat pun suruh jer Azim belajar macam biasa sebab pada Izat, selagi Azra belum berkahwin selagi tu Azim masih ada peluang untuk ambik hati Azra.

Semanis Senyumanmu Episod 5

Esok paginya, Azim datang ke Imazra Bakeri. Start dari pagi tu diorang spendtime masa berdua pergi cari barang-barang untuk buat kuih. Selesai jer beli barang diorang singgah sekejap dekat satu cafe ni untuk minum coffee. Masa dekat cafe tu lah Azim dapat tahu serba sedikit latar belakang pasal Azra. Bila Azim dapat tahu yang Azra ni anak yatim & sebatang kara, Azim jadi macam kesian sangat dengan Azra. Selesai minum & chit chat, diorang pun balek lah ke Imazra Bakeri untuk sesi buat kuih pulak. Petang tu Azra ajar Azim macam mana nak buat pisang goreng yang sedap & ranggup ikut resepi nenek dia πŸ˜‹.

Semanis Senyumanmu Episod 5

Selesai jer sesi masak-memasak, Azim, Azra & Iman duduklah lepak-lepak sembang-sembang dekat depan bakeri.Tengah seronok-seronok bersembang, entah macam mana tiba-tiba datang tetamu tak diundang, Joe. Masa tu Azim dah rasa tak syoklah. Dahlah Azim baru jer nak start ada hati dengan Azra. So bila Azim nampak Joe datang balik menagih cinta Azra, dia jadi rasa macam kalah lah. Start dari hari tu, Azim hilang sekejap dari radar. Ada lah dalam tiga hari. Azra ada jugak cuba contact  Azim, tapi tak ada respond. Beberapa hari lepas tu, Joe datang lagi jumpa Azra. Joe siap bawak bunga & cuba ajak Azra keluar dekat tempat special. Pada awalnya, Azra menolak. Tapi lepas Joe pujuk banyak kali, at the end Azra ikut jugak Joe. Masa dekat parking kereta, actually Azim ada dekat situ. So, dia ternampaklah Azra ikut Joe. Azim jadi frustlah bila dia nampak Azra follow jer permintaan Joe. Bersambung...

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!